RANCANGAN AKTIVITI
1. AKTIVITI BERSAMA
KELUARGA. Rancangan KVRM untuk mengadakan aktiviti bersama keluarga
di Pulau Langkawi telah dibatalkan untuk sementara waktu di atas sebab-sebab
tertentu. Walaubagaimanapun aktiviti ini akan diteruskan pada satu masa
yang sesuai nanti.
2.
MESYUARAT AGUNG 2011 (Pembetulan).
Mesyuarat Agung ke 7 KVRM akan diadakan pada 08 Mei 2011 bertempat di
Hotel Dynasty, Jalan Ipoh, KUALA LUMPUR. Satu notis mesyuarat akan
dikeluarkan oleh Setiausaha untuk semua ahli KVRM kelak. Mesyuarat Agung
pada kali ini akan diadakan pemilihan bagi Ahli Jawankuasa bagi sessi
2011/2012.
TAHUN 2011
KEMATIAN
TAHUN 2011
11 Jan 2011
- Ahli KVRM 0046 - 10042 PW II Ismail bin Mahmud (Bersara) telah
meninggal dunia di alamat 375, Jalan Tabib Mamat, Durian Kudung, Bachuk,
Kelantan.
02 Feb 2011 - Ahli KVRM 0180 - 29093 SSjn Hj Ibrahim bin Hj Somad (Bersara) telah meninggal dunia di Hospital Serembah pada kira-kira jam 1400. Alamat rumah ialah No. 87 Rumah Rakyat, Batu 11 1/2 Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan.
02 Feb 2011 - Ahli KVRM 0180 - 29093 SSjn Hj Ibrahim bin Hj Somad (Bersara) telah meninggal dunia di Hospital Serembah pada kira-kira jam 1400. Alamat rumah ialah No. 87 Rumah Rakyat, Batu 11 1/2 Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan.
KERAIAN
Sambutan Hari
Tentera Darat akan di adakan pada 06 Mac 2011 bertempat di Dataran Merdeka
Kuala Lumpur. Sambutan akan melibatkan perbarisan anggota-anggota Tentera
Darat ATM dengan disertai oleh seramai 200 orang veteran-veteran TD. KVRM
akan mengambil bahagian dengan menghantar seramai 10 orang ahli KVRM bagi
menyertai Kontijen Veteran TD.
TAHUN 2012
TADBIR
Adalah dimaklumkan
kepada semua AHLI yang memegang status BIASA, sila baharui keahlian tuan/puan
bagi tahun 2011 dengan mengirimkan yuran tahunan sebanyak RM 10.00. Kegagalan
bagi menjelaskan yuran tersebut akan menafikan kelayakan tuan/puan untuk
mengambil bahagian (mengundi) semasa pemilihan AJK yang akan berlansung pada 30
April 2011 nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan