SYARAT-SYARAT
MENJADI AHLI
1.
AHLI BIASA
a.
Semua bekas pegawai/anggota Kor Risik Diraja (KRD).
b. Semua balu
kepada ahli-ahli yang telah meninggal dunia. (mengambil alih keahlian suami
yang meninggal)
c.
Semua bekas pegawai/anggota tumpangan dari kor-kor lain
yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun bersama KRD.
d.
Semua balu kepada bekas pegawai/anggota di perenggan 1.a.
dan 1.c. dimana permohonan untuk menjadi ahli tidak
dikenakan sebarang yuran keahlian dan layak menjadi Ahli Seumur Hidup.
e.
Semua bekas pegawai/anggota di perenggan 1a. dan 1.c yang
kurang upaya (OKU). Permohonan untuk menjadi ahli adalah tidak dikenakan
sebarang yuran keahlian dan layak menjadi Ahli Seumur Hidup.
2.
AHLI BERSEKUTU.
Keahlian adalah terbuka kepada semua bekas
pegawai/anggota ATM dan anggota awam yang pernah berkhidmat dengan KRD selama
tidak kurang dari 24 bulan (dua puluh empat bulan). Mereka boleh menikmati
semua kemudahan Kelab tetapi tidak layak untuk memegang sebarang jawatan dan
tidak mempunyai hak untuk mengundi.
3.
AHLI SEUMUR HIDUP.
Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu yang telah diterima
keahliannya serta telah membayar yuran yang ditetapkan untuk keahlian seumur
hidup. Balu kepada pegawai/anggota KRD dan tumpangan melebihi 10 tahun serta
bekas pegawai/anggota KRD kurang upaya layak untuk menjadi Ahli Seumur Hidup
secara automatik sekiranya memohon.
4.
PERMOHONAN MENJADI
AHLI. Semua
permohonan hendaklah dengan mengisi satu salinan borang yang disediakan (Borang
untuk menjadi ahli boleh di muat turun dari lama yang terdapat di blog ini) .
Sila setakan 2 keping gambar berukuran passport dan satu salinan fotostat kad
pengenalan depan belakang serta bayaran yuran keahlian yang telah ditetapkan.
(Balu kepada pegawai/anggota KRD serta tumpangan melebihi 10 tahun sila
kepilkan bersama salinan Buku Pengesahan Perkhidmatan bekas suami tanpa bayaran
yuran). Borang yang telah diisi hendaklah dimajukan kepada Setiausaha KVRM di
alamat yang dinyatakan untuk kelulusan Ahli Jawatankuasa.
5.
BAYARAN MASUK DAN
YURAN AHLI.
a.
Bayaran Pendaftaran masuk - RM 5.00 (RM Lima ringgit
sahaja)
b.
Ahli Biasa/Bersekutu - RM 10.00 (RM Sepuluh sahaja) bagi
setahun. Bayaran yuran untuk memperbaharui keahlian hendaklah dijelaskan dalam
tempoh 10 hari setiap awal tahun.
c.
Ahli Seumur Hidup - Ahli Biasa dan Bersekutu yang ingin
menjadi Ahli Seumur Hidup dikenakan bayaran sebanyak RM 60.00 (RM Enam puluh
sahaja)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan